Apakah maksud DUN?

DUN ialah singkatan kepada Direktori Usahawan Nasional.

Apakah itu Portal DUN?

Portal DUN ialah portal yang hanya memaparkan statistik data usahawan yang telah dikumpulkan daripada agensi-agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Saya seorang usahawan dan berminat untuk berkongsi data dengan pihak kementerian. Apakah langkah yang perlu saya lakukan?

Anda boleh melayari laman web portal DUN, klik pada tab E-borang dan memilih Borang Maklumat Usahawan. Kemudian, Isikan semua maklumat yang mandatori dalam borang tersebut dan klik Hantar.

Apakah Jenis Pengguna yang boleh memohon maklumat set data dalam Portal DUN?

Jenis pengguna yang boleh memohon data dalam Portal DUN adalah Kementerian dan Agensi Kerajaan  sekiranya tertakluk kepada kelulusan.

Apakah perbezaan antara borang maklumat usahawan, borang permohonan set data dan borang muat naik data?

Perbezaannya adalah:

  1. Borang Maklumat Usahawan – ditujukan kepada usahawan-usahawan yang ingin berkongsi maklumat tentang profil peribadi, perniagaan, Program Keusahawanan (latihan) dan Program Keusahawanan (Pembiayaan).
  2. Borang Permohonan Set Data – bertujuan untuk memudahkan pihak kementerian atau agensi yang disenaraikan untuk memohon jenis set data mengikut permintaan masing-masing sekiranya diluluskan. 
  3. Borong Muat Naik Data – adalah borang yang disertakan Templat Fail Excel (.xlsx)  untuk dimuat turun dan dimuat naikkan semula setelah diisi dengan maklumat data usahawan oleh Kementerian atau Agensi Kerajaan.

Apakah maklumat yang boleh dikongsikan dalam Portal DUN?

Maklumat yang boleh dikongsikan dalam Portal DUN adalah maklumat Usahawan-usahawan syarikat yang terlibat dengan:

  1. Program Keusahawanan (Latihan) 
  2. Program Keusahawanan (Pembiayaan)

Apakah jenis statistik yang boleh dilihat/dirujuk dalam Portal DUN?

Data analitik Usahawan yang boleh dilihat/dirujuk dalam Portal DUN adalah  mengikut kategori seperti berikut: 

  1. Jantina
  2. Bangsa
  3. Daerah dan Negeri
  4. Jenis Perniagaan
  5. Sektor Usahawan
  6. Kategori Usahawan
  7. Program Keusahawanan
  8. Program Keusahawanan (Pembiayaan)

Apakah format yang ditetapkan untuk dimuat naik dalam Portal DUN?

Format yang ditetapkan untuk perkongsian data adalah CSV dan Excel (xlsx).

Sila Emelkan perkongsian kepada Kumpulan  Analitik jika format selain daripada CSV dan Excel (xlsx): data_analitik@kuskop.gov.my

Siapakah pihak/agensi yang terlibat sebagai pembekal data usahawan dalam Portal DUN?

Pihak/Agensi yang terlibat adalah mengikut bahagian, seksyen dan agensi di bawah KUSKOP sebagai pembekal data usahawan dalam portal DUN iaitu:

Bahagian

  1. Business Licensing Electronics Support System (BLESS)

Seksyen:

  1. Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ)

Agensi:

  1. TEKUN Nasional (TEKUN)
  2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
  3. Institusi Keusahawan Negara (INSKEN)
  4. Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
  5. UDA Holdings Berhad (UDA)
  6. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  7. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  8. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  9. Bank Rakyat 
  10. SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
  11. SME Bank Group

Adakah Agensi selain daripada Agensi di bawah KUSKOP boleh berkongsi data dengan perkongsian Data DUN?

Semua Kementerian/Agensi selain daripada agensi di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) digalakkan untuk berkongsi atau memohon perkongsian data dalam Portal DUN.

Bilakah maklumat Data Usahawan dalam Portal DUN akan dikemaskini?

Data usahawan di Portal DUN akan dikemaskini sebanyak 2 kali dalam tempoh setahun.

Nombor telefon atau emel yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai DUN?

Anda boleh menghubungi kami di talian 1-300-88-1020 atau E-melkan kepada data_analitik@kuskop.gov.my untuk sebarang pertanyaan.