Sesi Konsultasi bagi Permohonan Kebenaran Untuk Melaksanakan Perolehan Perkhidmatan Perunding Secara Outsourcing Bagi Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan BDA Usahawan

Objektif Perbincangan:

i. Menghasilkan analisis lanskap semasa, isu dan permasalahan pemantauan dan pengurusan bencana negara serta menghasilkan analisis jurang semasa berdasarkan benchmarking inisiatif-inisiatif terkini dan best practices (dalam dan luar negara) berkenaan pemantauan dan pengurusan bencana berasaskan BDA.

ii. Mengenalpasti keperluan sumber data bagi pembangunan pengurusan pemantauan dan penyelarasan maklumat bencana berasaskan BDA.

iii. Membangunkan kerangka kerja dan model konseptual platform pengurusan pemantauan dan penyelarasan maklumat bencana berasaskan BDA

iv. Menetapkan hala tuju berdasarkan pelan pelaksanaan (jangka pendek dan panjang), dan keperluan sumber manusia pembangunan dan pelaksanaan pengurusan pemantauan dan penyelarasan maklumat bencana berasaskan BDA