LATAR BELAKANG

Visi & Misi

Bagi menyokong agenda DKN 2030, Portal Direktori Usahawan Nasional (DUN) bagi Projek Repositori Usahawan Nasional (RUN) akan memberi nilai tambah yang amat signifikan dari aspek penggunaan data bagi memastikan agenda keusahawanan dilaksanakan secara data-driven. RUN membolehkan KUSKOP menjana pelbagai keputusan strategik yang mampu mengoptimum penyampaian perkhidmatan awam dari sudut pengurangan perbelanjaan jangka panjang, mengurangkan henti tugas (downtime) menerusi perkongsian maklumat berautomasi. Di samping itu RUN akan memberi nilai tambah dalam membuat pelbagai keputusan di dalam organisasi menerusi dapatan maklumat bersifat analitik, serta mampu menyelesaikan pelbagai masalah sama ada di peringkat kementerian mahupun negara.

Dasar Keusahawanan Nasional

Pada 11 Julai 2019, Kerajaan telah melancarkan  Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), sebuah strategi jangka panjang dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan (entrepreneurial nation) yang unggul menjelang tahun 2030. Dasar ini akan bertindak sebagai pemangkin kepada pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah serta terus membangun secara mapan dengan pengagihan ekonomi yang lebih adil dan inklusif, seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia

Latar Belakang

Sejajar dengan objektif DKN 2030, KUSKOP telah melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi bagi menyokong ekosistem keusahawanan negara agar terus kekal kompetitif. Namun, KUSKOP pada masa ini menghadapi tugas sukar untuk menjalankan pengumpulan data usahawan secara total population serta isu-isu berkenaan pengurusan data seperti duplikasi data, terma dan istilah yang kurang tepat, kesukaran untuk mengakses data dan kurang tenaga kerja pakar dalam penganalisaan data.

Isu dan Cabaran

  1. Kurang kesediaan agensi pemilik data untuk berkongsi data
  2. Kurang kesedaran mengenai kepentingan dan potensi BDA sebagai strategi dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan
  3. Kurang keupayaan dan kemahiran dalam bidang Sains Data, Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence) dan sebagainya
  4. Kurang komitment Subject Matter Expert/Domain Expert daripada agensi

Faktor Kejayaan

  1. Komitmen tinggi Subject Matter Expert (SME) daripada setiap kluster/ domain
  2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains Data, Kecerdasan Buatan
  3. Sokongan padu pengurusan atasan agensi
  4. Ketersediaan data, kesediaan untuk perkongsian data dan tadbir urus yang mantap